photo skolaa_zps8fffc7eb.png
//Farhana_Tonah ^_^
MAULIDUR RASUL

Ahad, 5 Februari 2012 @ 1:26 PG | 0 Comment [s]

BIODATA RASULULLAH SAW • Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim • Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah • Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf • Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As- Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) USIA 5 TAHUN • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya. USIA 6 TAHUN • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib. USIA 8 TAHUN • Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia. • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu. USIA 20 TAHUN • Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. • Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah. USIA 25 TAHUN • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al- Asadiyah. • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham. USIA 35 TAHUN • Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah. • Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut. USIA 40 TAHUN • Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman. USIA 53 TAHUN • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M. USIA 63 TAHUN • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al- Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.


Older Post | Newer Post
The Disclaimer

Hi peeps . assalamualaikum , salam sejahtera dan salam 1Malaysia . selamat singgah yaa . why not , awak follow blogie farhana , i`ll follow you back darl :D

iloveyou MR.D

NOOR FARHANA BINTI ZAKARIA


Navigations!

Diary About Site


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Noor Farhana Zakaria

Best View at GOOGLE CHROME!